Biografi Hidupku: Cerita Tiada Noktah
Oleh: Penulis Kisah Kata
Hak Cipta © 2011 pada Penulis
Sebuah karya yang mengisahkan tentang perjalanan hidup Si Penulis bermula dari kehidupan normal biasa sebagai manusia, di sesali hidup sebagai pengedar dadah, di himpit pula masalah keluarga yang hampir berpecah belah. Bermula dengan keseronokan tak terhingga, punyai rakan dan teman yang setia, tiba masa mereka semua hilang sekelip mata. Kawan suka riang tawa ramai yang mahu jadi sukarela, bila sedih, nangis menitis air mata, ramai yang lari tak mahu kongsi sama. Untuk bangun semula menjadi insan manusia yang berguna, hanya Satu dapat menyelesaikannya. Doa, tawakal kepada Maha Pencipta, membawa dari kesesatan kepada jalan yang benar. Bersama kita membaca akan kisah “Cerita Tiada Noktah” bagi mempelajari untuk tidak mengulangi akan kesilapan. Pengajaran dapat kita jadikan pelajaran, kemungkaran dapat kita hindari dalam kehidupan. Menjadi manusia hamba kepada Pencipta harus patuh setia pada pegangan agama.
Leave a Comment
Comments (0)